Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian
jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Mengintai
Ruang Insaf
Semakin berat kejahilan terpikul di bahu semakin jauh perjalanan memburu nur-Mu. Sewaktu berlari di padang hidup kerap kakiku tersandung selirat akar tubuhku tercalar duri pidana ancala mulia makin kabur dan menghilang. Sekadar songsong aksara kata tanpa kembali ke hujung makna, “Apakah dalam sarat khilaf masih terbuka ruang untuk dianugerahkan keinsafan?” Rabb, moga pintu taubat-Mu terbuka sebelum api dari bara itu menyala. Shukri Abdullah Sesudah Hujan Dahlia, 2002 Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd |
(a) Apakah maksud ‘tubuhku tercalar duri
pidana’?[2 markah]
Maksud tubuhku tercalar duri pidana
ialah penyajak banyak melakukan kesilapan dan kejahatan sepanjang usianya.
(b) Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan seseorang mengulangi perbuatannya walaupun menyedari kesilapannya?[4 markah]
Pada pendapat saya,faktor-faktor yang
menyebabkan seseorang mengulangi perbuatan walaupun menyedari kesilapan ialah
gagal mengawal diri sendiri, pengaruh kawan-kawan lama semasa berada dalam
kejahilan ,pandangan negatif masyarakat atas perubahan dirinya dan tidak mendapat sokongan moral ahli keluarga
yang lain.
(c) Huraikan dua nilai murni yang terdapat
dalam sajak di atas.[4 markah]
Dua nilai murni yang terdapat dalam
sajak diatas ialah berilmu.Contohnya, ilmu dapat menghilangkan kejahilan.Selain
itu, ketakwaan.Contohnya,takut kepada Tuhan akan menghalang manusia daripada
melakukan kejahatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan